Khamis, 30 Oktober 2008

Penternakan Belut

Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah belut dan penternakan belut secara kecil-kecilan.

Belut merupakan salah satu jenis ikan air tawar. Habitat belut biasanya di sawah-sawah padi, sungai dan juga redang-redang sawit. Belut merupakan ikan yang paling misteri berikutan jantinanya tidak dapat dikesan seperti lain-lain jenis ikan.

Kebelakangan ini, telah ramai usahawan-usahawan yang cuba untuk menternak belut. Namun demikian, saya masih belum menjumpai mana-mana usahawan yang betul-betul berjaya untuk menternak belut. Saya juga tertanya-tanya adakah seseorang diluar sana yang telah berjaya membenihkan belut menggunakan teknik aruhan? Sehingga kini, sekiranya ada yang berjaya, sudilah kiranya kita berjumpa kerana saya seorang pembekal belut ke Pasaraya Tesco.

Penternakkan belut sebenarnya amat mudah berbanding dengan ikan dari jenis lain. Ini kerana belut tidak perlu 'maintenance' yang tinggi seperti ubat dan sebagainya. Risiko penyakit terhadap belut juga amat rendah. Namun nisbah makanan kepada pembesaran agak tinggi kerana tumbesaran belut amat perlahan berbanding ikan.

Kolam simen merupakan medium yang sesuai untuk menternak belut. Penggunaan kolam simen mampu mengelakkan belut lari atau membuat lubang untuk keluar. Ada juga penternak yang menggunakan kanvas. Saya tidak menggalakkan penggunaan kanvas kerana banyak kesan negatif dari positif.

Dalam kolam simen, biasanya terdiri daripada tanah dan lumpur. Medium ini digunkan untuk menyesuaikan diri belut itu sendiri sebagaimana habitat asalnya. Di dalam kolam tersebut juga perlu diletakkan paip-paip pvc sebagai tempat persembunyian belut tersebut.

Sekiranya ada diantara pembaca yang berminat dengan penternakan belut, boleh lah terus menghubungi saya melalui email rnr_fishery@yahoo.com atau melalui talian 017-5135380.

Untuk kursus pula dianjurkan oleh rakan saya yang boleh dihubungi melalui talian 012-7836578.

Sekian, terima kasih.
Pertanian Punca Pendapatan.

Roshidi Ahmad Ismail
Pengarah Urusan
R & R Fishert

Blog Baru dari R & R Fishery

Assalamualaikum.

Kepada semua pembaca blog saya, harap maaf kerana saya terpaksa menukar blog. Ini kerana kerapkali server asyik diserang virus. Maka dengan itu terpaksalah saya membuka akaun baru untuk blog saya.